Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170809 WA0001IMG 20170809 WA0003IMG 20170809 WA0010IMG 20170809 WA0012IMG 20170809 WA0013ADY 0044

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 17 - Sekretariat Markas Tentera Udara telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod bagi pegawai dan anggota yang berkhidmat di MTU/MPOU bertempat di PUSKOM, Kementah.

Kursus selama dua hari yang bermula pada 8 Ogos ini dihadiri seramai 24 peserta terdiri daripada 3 pegawai dan 17 anggota LLP dari Cawang Tadbir. Puan Nor Atikah bin Safri, Pegawai Arkib dari Seksyen Pengurusan Rekod Kementerian Pertahanan telah dijemput sebagai tenaga pengajar bagi kursus ini.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan berkenaan pengurusan fail dan rekod, memahami kepentingan penyelenggaraan dan keselamatan rekod kerajaan dan memperkenalkan tatacara yang betul di dalam fail rekod jabatan.