Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170809 WA0000IMG 20170809 WA0001IMG 20170809 WA0002IMG 20170809 WA0003IMG 20170809 WA0004IMG 20170809 WA0005

BUTTERWORTH, 8 Ogos 17 – Pangkalan Udara Butterworth telah mengadakan satu program Pemantapan Budaya Regimental dan Peningkatan Tahap Disiplin Anggota Bujang Wisma Ahli Udara. Program tersebut akan berlangsung selama tujuh hari bermula pada 8 Ogos 17 hingga 14 Ogos 17. Program ini telah dirasmikan oleh Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Norman bin Mohd Tahir TUDM dan dihadiri oleh semua pemimpin Skuadron dan Ketua Cawang.

Di antara aktiviti yang akan dijalankan dalam program ini adalah, senaman perang, kawad kaki, jungle tracking, pertandingan jalan lasak, jiwa murni dan lain-lain lagi. Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan menerapkan budaya rejimental, semangat setia kawan, nilai kepimpinan, memupuk semangat hormat menghormati, menghargai harta benda bersama, pencerahan terhadap budaya buli, meningkatkan taraf disiplin dan menerapkan nilai yang baik dari aspek fizikal, rohani serta spiritual.