Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 0124IMG 0145IMG 0157IMG 0160

SUBANG 8 Ogos 17 - Perbarisan Bulanan Ketua MATRA 2 telah diadakan di Padang Kawad MATRA 2, PU Subang. Ketua Perbarisan pada kali ini ialah Kapt Nor Ismail bin Othman TUDM. Perbarisan ini telah dihadiri oleh semua pegawai, anggota serta anggota awam yang berkhidmat di MATRA 2. Turut diadakan upacara pemakaian pangkat kepada anggota yang baru bertukar masuk ke MATRA 2, penyampaian sijil kepada anggota yang telah berjaya menamatkan Kursus Pengendalian ASRS dan penyampaian sumbangan kepada pegawai dan anggota yang baru mendapat cahaya mata.

Dalam ucapan Ketua MATRA 2, Lt Kol Nor Azmi bin Abd Rahman TUDM beliau mengingatkan kepada semua warga MATRA 2 agar tidak terlibat dengan salah laku berkaitan integriti dan perikemanusiaan seperti yang termaktub di dalam Direktif PTU No 18. Intipati lain ucapan beliau ialah berkenaan keikhlasan dalam melaksanakan tugas serta jangan bertangguh dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.