Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170728 WA0033IMG 20170728 WA0035IMG 20170729 WA0015.

BUKIT IBAM, 28 Jul 17 – Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam telah menganjurkan aktiviti konvoi bermotorsikal ke Cameron Highland. Aktiviti ini bertujuan untuk mengenang jasa dan keprihatinan Ahli-ahli Wisma Perwira, Wisma Bintara dan Wisma Ahli Udara Skn 322 TUDM Bukit Ibam sepanjang penglibatan mereka di dalam aktiviti Wisma disamping mengeratkan lagi talian persahabatan yang sedia terjalin antara Wisma dan juga mengukuhkan lagi semangat setia kawan dan kerjasama dalam satu pasukan. Aktiviti ini juga dapat memberi peluang kepada anggota Skn 322 untuk beriadah.
Upacara pelepasan peserta konvoi telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Skn 322 TUDM Bukit Ibam, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM. Seramai 29 orang peserta telah menyertai aktiviti ini yang terdiri daripada pelbagai jenis motorsikal.