Kemaskini Terakhir: Ahad,19 Nov 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

000 7256000 7263000 7270000 7273000 7277000 7281000 7285

KUALA LUMPUR, 18 Jul 17 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), YBhg Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada tujuh anggota MPOU hari ini.

Mendahului senarai pemakaian pangkat, PW U II Jamirin bin Misran dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2 mulai 3 Jul 17. Seterusnya Sjn U Shafiee bin Abdul Rahman dinaikkan ke pangkat Pemangku Flait Sarjan mulai 3 Jul 17. Kpl U Muszamin bin Mustaffa pula dinaikkan ke pangkat Sarjan Udara berkuatkuasa mulai 10 Jul 17. Manakala bagi kenaikan LUK ke Koperal Udara pula, seramai empat anggota dinaikkan pangkat iaitu LUK Mohamad Roslan bin Mohamed Nawi, LUK Mohd Hambali bin Ismail, LUK Ramzi bin Ramly dan LUK Mohd Nazeri bin Che Wil.

Tahniah diucapkan kepada anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini dapat meningkatkan lagi prestasi kerja dan tanggungjawab terhadap tugas selaras dengan pangkat yang diperolehi.