Kemaskini Terakhir: Sabtu,22 Jul 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 5436DSC 5448DSC 5536DSC 5553DSC 5554DSC 5559DSC 5560DSC 5563DSC 5566DSC 5571DSC 5572

GONG KEDAK, 14 Jul 17 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah mangadakan Rumah Terbuka Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dewan Serbaguna Pangkalan Udara Gong Kedak. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Suhaimi bin Hussain TUDM dan isteri, Puan Noor Suriati binti Mohd Suri serta Pegawai Eksekutif, pegawai dan anggota bersama ahli keluarga masing-masing.

Majlis ini merupakan hasil gabungan koordinasi dan kerjasama dari semua pihak pangkalan dan juga kontraktor. Kemeriahan Majlis Hari Raya Aidilfitri pada tahun di sinari dengan dekorasi serta hiasan yang menarik dari segenap sudut gerai serta pelbagai juadah dan hidangan enak yang disediakan. Antara gerai-gerai yang memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri ialah No 11 Skuadron, Caw Kejuruteraan, Tadbir, Material, Provos, Skn 321, Skn Bantuan Operasi, ATSC dan KOMATRA.

Majlis diserikan lagi dengan pemberian duit raya daripada Komander Pangkalan dan isteri kepada anak-anak warga pangkalan yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.