Kemaskini Terakhir: Isnin,23 Okt 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC0701 DSC0727 DSC0732 DSC0788 DSC0800 DSC0808 DSC0774 DSC0777 DSC0772

KUALA LUMPUR, 17 Jul 17 – Pengarah Kejuruteraan, Kol Ahmad Rafdzi bin Ab Rashid TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada tiga orang anggota LLP MTU-Kejuruteraan di Bilik Mesyuarat Nuri, Markas Tentera Udara hari ini.

Anggota yang dinaikkan pangkat adalah F/Sjn Md Rezuan bin Selamat dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waran Dua berkuatkuasa 3 Jul 17. Seterusnya, Sjn U Muhamad Hanafee bin Ab Majid dinaikkan ke pangkat Pemangku Flait Sarjan berkuatkuasa mulai 3 Apr 17. Manakala Sjn U Razaley bin Yassin pula dinaikkan pangkat ke Pemangku Flait Sarjan berkuatkuasa 3 Jul 17.

Majlis turut meraikan pegawai-pegawai Bahagian Kejuruteraan yang akan tamat perkhidmatan dan bertukar keluar iaitu Lt Kol Ir. Mohd Razib bin Ali TUDM, Mej Dess Iskandar bin Md Zen TUDM, Mej Rozaida binti Johar TUDM dan Mej Zuridah binti Hashim TUDM.

Majlis diteruskan dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang turut dihadiri oleh AKS Kejuruteraan, YBhg Mej Jen Dato’ Ir. Razali bin Abd Ghani TUDM.