Kemaskini Terakhir: Selasa,30 Mei 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1554DSC 1580DSC 1598DSC 1671DSC 1681DSC 1688DSC 1694DSC 1759DSC 1791

GONG KEDAK, 19 Mei 17 - Bahagian Psikologi dan Pementoran Pangkalan telah mengadakan Program Kesedaran Psikologi dan Pementoran. Program ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Pangkalan Udara Gong Kedak yang berlangsung selama 2 hari bermula 18 Mei 17 dan berakhir pada 19 Mei 17.

Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Ketua Skuadron Bantuan Operasi, Lt Kol Hj Khalid bin Hamzah TUDM. Program ini dihadiri Pegawai-pegawai dan anggota Pangkalan serta Mentor dan Menti yang telah dipilih oleh peringkat Pangkalan.

Lt Kol Wan Ibrahim bin Wan Harun TUDM, PS 1 Psikologi dan Kaunseling TUDM serta Tim Psikologi dan Kaunseling TUDM telah dijemput untuk memberi talimat dan memperjelaskan lebih lanjut tentang perlaksanaan program kaunseling dan Pementoran agar menepati matlamat dan garis panduan yang ditetapkan. Selain itu juga, Upacara bacaan Ikrar oleh calon Mentor Menti serta mengadakan ujian Psikologi kepada Pegawai dan anggota Lain-lain pangkat Pangkalan Udara Gong Kedak.