Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 5116DSC 5122DSC 5133DSC 5167DSC 5287DSC 5310

KUANTAN, 12 Apr 17 – Satu Istiadat perbarisan Kawalan Kehormatan Utama telah diadakan di perkarangan Wisma Sri Pahang hari ini sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri yang ke-13. K.D.Y.T.M TENGKU MAHKOTA PAHANG TENGKU ABDULLAH Al-HAJ IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH telah berkenan mencemar duli mengambil tabik hormat.


Perbarisan bersama panji No 17 Skuadron yang diketuai oleh Mej Ismazairee bin Ismail TUDM dan telah dianggotai seramai tiga orang Pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat dari Pangkalan Udara Kuantan dan Pangkalan Udara Gong Kedak. Perbarisan turut diiringi oleh pancaragam Pusat TUDM.