Kemaskini Terakhir: Selasa,25 Jul 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

bengkel

KUALA LUMPUR, 30 Mac 17 – Bengkel Kajian Semula Silibus PALAPES Udara Siri 1/2017 telah berlangsung di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM pada 28 hingga 30 Mac 17 bertujuan untuk menyemak semula Silibus Latihan PALAPES Udara agar relevan dan bersesuaian dengan situasi semasa. Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh Pengarah PSTU, Kol Muhammad Shafiq bin Jahudi TUDM.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai dari MPSTU dan Unit PALAPES Udara serta barisan jurulatih MPSTU dan Unit PALAPES Udara Universiti Awam. Barisan Fasilitator dari MPPLU dan ITU, Ipoh telah dijemput bagi melancarkan lagi bengkel ini.

Sesi Pembentangan dan Soal Jawab bengkel telah diadakan pada 29 Mac 17 yang telah dihadiri oleh AKS Tadbir, YBhg Dr Ismail bin Manuri TUDM. Bengkel ini telah ditangguhkan pada 30 Mac 17 dan akan disambung pada masa yang akan datang bagi meneruskan usaha penambahbaikan.