Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3115DSC 3136DSC 3172DSC 3264DSC 3276DSC 3287

GONG KEDAK, 16 Mac 17 – Skuadron Provos PU Gong kedak telah menganjurkan Latihan Menembak Pistol di Lapang Sasar Pistol PU Gong kedak. Latihan menembak dijalankan secara berperingkat selama 2 hari bermula 15 Mac hingga 16 Mac 2017 yang melibatkan anggota Provos PU Gong Kedak.

Turut serta dalam latihan tersebut ialah Komander Pangkalan, Brigedier Jeneral Suhaimi bin Hussain TUDM serta Pegawai-pegawai dan anggota Provos. Latihan menembak ini bertujuan bagi meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan mengendalikan Pistol Glock 26 bagi setiap anggota Provos. Dalam latihan tersebut, pertandingan menembak piring dimenangi Ketua Skuadron Provos, Mejar Yusnizam bin Mohamad Jalil TUDM bersama Luk Abdul Mutalib bin Mohd Noor.