Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20170315 WA0010IMG 20170316 WA0006

LABUAN, 15 Mac 17 - Wisma Perwira PU Labuan telah menganjurkan pertandingan sukan antara RKAT Piala YDP Wisma Perwira 2017. Pertandingan ini dibahagikan kepada empat pasukan iaitu pasukan Wisma Perwira, RKAT Membedai, RKAT Sungai Bedaun dan RKAT Ganggarak.

Antara sukan yang akan dipertandingkan adalah sukan futsal, bola sepak, bola tampar, road relay dan badminton. Aktiviti ini dirancang khas bagi menyemarakkan semangat setiakawan dan mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan pegawai-pegawai di Labuan.

Perasmian pembukaan sukan antara RKAT Piala YDP Wisma Perwira telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Zulkifli bin Hamid TUDM dan diiringi oleh Lt Kol Zainal Abidin bin Yahia@Yahaya TUDM selaku YPD Wisma Perwira.

Sebagai membuka tirai, satu pertandingan futsal telah berlangsung di mana pasukan Wisma Perwira telah berjaya memenangi pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan.