Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 2943DSC 2971

DSC 2984DSC 3018

GONG KEDAK, 15 Mac 17 - Sel Anti Dadah Pangkalan telah menganjurkan Ceramah Kesedaran Anti Dadah bertempat di Dewan Serbaguna Pangkalan Udara Gong Kedak. Ceramah disampaikan oleh wakil dari pihak Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC), Puan Hjh Nor Asmah bt Seman. Ceramah tersebut turut dihadiri Komander Pangkalan, Brig Jen Suhaimi bin Hussain TUDM serta Pegawai-pegawai Eksekutif, Pegawai-pegawai dan Anggota Lain-lain Pangkat.

Antara intipati ceramah tersebut adalah mengenai Misi, Visi serta objektif CCRC. Selain itu, turut disentuh berkenaan jenis-jenis dadah, bahayanya dadah serta pengalaman sepanjang menguruskan Agensi CCRC. Selain itu juga, wakil penghuni pusat tersebut dijemput hadir bagi memberi perkongsian pengalaman semasa menjadi penagih dadah suatu ketika dahulu.