Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mac 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

9d7b0e76 aa5a 43be 879d 9be4cda96d4299baabd3 2c33 4022 a477 20989c51f851467418c8 3ffe 48df 9fbb d31876b65f4b

LABUAN, 10 Mac 17 – Markas Wilayah Udara 2 telah menganjurkan satu Program Jiwa Murni di Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Aru, WP Labuan bagi membantu pihak sekolah melaksanakan program 3K (Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan) bersama agensi luar.

Program ini dirancang bersama Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2 dan Guru Besar sekolah tersebut dan dipersetujui oleh Panglima Wilayah Udara 2. Program yang bermula pada jam 2.30 petang melibatkan 13 orang pegawai, 35 anggota LLP dan 10 anggota awam daripada Markas Wilayah Udara 2 dan dibantu oleh PIBG sekolah berkenaan.