Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Jan 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0014DSC 0015DSC 0027DSC 0041DSC 0063DSC 0071DSC 0092DSC 0107DSC 0122DSC 0176DSC 0148

SUBANG, 11 Jan 17 - Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Dato' Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM bersama rombongannya telah membuat lawatan kerja ke Cawang Materiel Pangkalan Udara Subang.

Beliau yang tiba pada jam 2.00 petang telah membuat pemeriksaan Kawalan Kuarter sebelum dibawa ke Markas Pangkalan Udara Subang bagi melakukan kunjungan hormat ke atas Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Shamsudin bin Kassim TUDM.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menilai dan memantau operasi Cawang Materiel supaya berada ditahap yang terbaik. Selain itu, beliau juga turut menyampaikan amanat kepada seluruh warga Cawang Materiel Pangkalan Udara Subang.

Beliau juga turut beramah mesra serta mendengar permasalahan yang dihadapi disamping merapatkan lagi hubungan di antara pucuk pimpinan Materiel dengan warga Cawang Materiel.