Kemaskini Terakhir: Khamis,21 Sept 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 2607DSC 2663DSC 2665DSC 2671

KUANTAN, 7 Dis 16 – Pangkalan Udara Kuantan telah menganjurkan satu Kejohanan Futsal 4 Penjuru yang melibatkan Wisma Perwira , Wisma Bintara, Wisma Ahli Udara dan Tadbir Awam PU Kuantan. Objektif penganjuran kejohanan ini adalah bagi merealisasikan slogan ‘Superteam’ yang menjadi pegangan bagi warga Pangkalan disamping menguatkan lagi semangat kesukanan, semangat daya saing serta mengukur tahap kecergasan dikalangan warga pangkalan. Kejohanan seperti ini juga dilihat mampu memupuk semangat kerjasama serta mendidik warga pangkalan supaya lebih aktif bersukan.

Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM telah menyempurnakan penyampaian hadiah bagi kejohanan ini. Dalam perlawanan akhir, Wisma Ahli Udara telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan apabila menundukkan pihak lawan dari pasukan Tadbir Awam.