Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Jan 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

BENGKEL PROSPEKTUS MARKAS TENTERA UDARA (MTU) BAGI TAHUN 2017

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 16 – Bahagian Sumbar Manusia (Latih) telah menganjurkan satu Bengkel Prospektus Markas Tentera Udara (MTU) bagi Tahun 2017 dari 24 Hingga 26 Ogos 16. Bengkel tersebut telah dipengerusikan oleh AKS SM, Mej Jen Datuk Paduka Wan Nor Mazlan bin Che Jaafar TUDM.

Bengkel ini telah diadakan di Seri Malaysia Genting Highland bertujuan untuk menyelaras Prospektus MTU bagi tahun 2017 dan merangcang perlaksanaan kursus-kursus di dalam TUDM. Turut hadir dari unit-unit di bawah naungan MTU.

BERBUKA PUASA PANGWILUD 2 BERSAMA WARGA PU KUCHING

 

KUCHING, 20 Jun 16 – Panglima Wilayah Udara 2, Dato’ Mohd Shabre bin HJ Hussein TUDM dan isteri, Datin Rosemah Binti HJ Otman telah hadir untuk berbuka puasa bersama warga Pangkalan Udara Kuching di Surau Al-Jahirah.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Komander Pangkalan Kol Hj Saharuddin bin Mansor TUDM. Pada majlis tersebut, Panglima Wilayah Udara 2 turut menyempurnakan sumbangan kepada imam / bilai terawikh, sumbangan kepada saudara muslim serta kepada saudara baru.

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT BAGI PELAJAR UPSR 2016 SK PANGKALAN TENTERA, KUANTAN

KUANTAN, 25 Ogos 2016 – Bertempat di Masjid Al-Makmur, Kem Batu 10 gabungan antara PLTB III, No. 17 Skn, Unit Bina Insan SK Pangkalan Tentera dan BAKAT PU Kuantan telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat bagi Pelajar UPSR 2016 SK Pangkalan Tentera.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Haji Yazid bin Hj Arshad TUDM. YBhg Komander Pangkalan turut berbesar hati menyampaikan nasihat kepada calon-calon UPSR 2016 yang hadir.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh ibu bapa serta penjaga kepada pelajar terbabit. Objektif majlis ini diadakan adalah bagi menambahkan lagi keyakinan kepada pelajar dalam menghadapi peperiksaan yang akan datang.

KETUA STAF MPOU MERASMIKAN PENUTUP KURSUS PAYUNG TERJUN

BANTING, 29 Ogos 16 - Majlis Penutup, Penyampaian Sijil dan Pemakaian Sayap Penerjunan kepada penuntut Kursus Pelepas Terjun Bebas Tempur TUDM siri 12/16, Kursus Terjun Bebas Tempur TUDM Siri 35/16 dan Kursus Terjun Statik Tempur TUDM Siri 63/16 telah selamat disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mj Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM, yang bertempat di Hanger PARA  Rejimen TUDM Jugra.

Dalam ucapan penutup kursus tersebut, KS MPOU mengingkatkan kepada semua penuntut agar menimba pengalaman sebaik mungkin melalui kursus-kursus yang dianjurkan ini bagi meningkatkan kecekapan dan keupayaan selain menitik beratkan soal keselamatan semasa mengendalikan payung terjun. Beliau juga turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh semua penuntut-penuntut kursus sepanjang 6 minggu latihan dilaksanakan.

Seramai 65 anggota terdiri daripada 9 Pegawai dan 56 Anggota LLP dalam perkhidmatan ATM yang telah disematkan sayap penerjunan dan sijil tamat kursus.

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT BAGI PELAJAR UPSR 2016 SK PANGKALAN TENTERA, KUANTAN

KUANTAN, 25 Ogos 16 – Bertempat di Masjid Al-Makmur, Kem Batu 10 gabungan antara PLTB III, No. 17 Skn, Unit Bina Insan SK Pangkalan Tentera dan BAKAT PU Kuantan telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat bagi Pelajar UPSR 2016 SK Pangkalan Tentera.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Haji Yazid bin Hj Arshad TUDM. YBhg Komander Pangkalan turut berbesar hati menyampaikan nasihat kepada calon-calon UPSR 2016 yang hadir.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh ibu bapa serta penjaga kepada pelajar terbabit. Objektif majlis ini diadakan adalah bagi menambahkan lagi keyakinan kepada pelajar dalam menghadapi peperiksaan yang akan datang.