Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

21 

KUALA LUMPUR, 13 Januari 2021 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM bersama Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada Pengarah Agama Markas Tentera Udara (MTU), Lt Kol Hj Mat Sukri bin Hj Yunus yang dinaikkan ke pangkat Kolonel berkuatkuasa hari ini.

Pemakaian pangkat beliau yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta beberapa pegawai kanan TUDM.

Seluruh warga TUDM mengucapkan sekalung tahniah kepada Kol Hj Mat Sukri bin Hj Yunus, Pengarah Agama MTU di atas kenaikan pangkat. Pemakaian pangkat ini adalah pengiktirafan atas komitmen tinggi beliau dan kepercayaan pucuk pimpinan ATM atas amanah yang digalas selama ini di samping menjadi sumber motivasi dan inspirasi kepada para pegawai yang lain.