Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345678

KUALA LUMPUR, 13 Januari 2021 – Seramai tujuh (7) pegawai kanan TUDM hari ini telah menerima Lencana Jurulatih TUDM yang disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.

Lencana Jurulatih TUDM buat pertama kalinya diperkenalkan semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan TUDM pada 18 Disember 2020. Penganugerahan Lencana Jurulatih TUDM adalah pengiktirafan kepada jurulatih TUDM yang telah mencapai kredibiliti tahap yang tertinggi dalam kepakaran kejurulatihan. Pada hari ini, penyampaian Lencana Jurulatih TUDM telah diberikan kepada tujuh (7) pegawai kanan TUDM iaitu Mej Jen Dato’ Zulkifli bin Hamid TUDM, AKS Operasi dan Strategi; Mej Jen Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohammad Dom TUDM, AKS Sumber Manusia; Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Mustapha TUDM, AKS Perancangan dan Pembangunan; Brig Jen Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM, AKS Tadbir; Brig Jen Hishamuddin bin Abd Rahman TUDM, Ketua Pengarah DGTA; Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM, Inspektor Jeneral dan Brig Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM, Timbalan AKS Perancangan dan Pembangunan.

Secara keseluruhan, seramai 689 pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang berkelayakan untuk dianugerahkan Lencana Jurulatih TUDM. Penyampaian Lencana Jurulatih TUDM pada hari ini menjadi pengiktirafan kepada pegawai kanan TUDM yang terlibat dan seterusnya akan disampaikan kepada pegawai dan anggota LLP yang lain yang telah dikenalpasti.

Panglima Tentera Udara di dalam ucapannya terdahulu ketika Majlis Anugerah Kecemerlangan TUDM tahun 2020 telah mengingatkan kesemua jurulatih TUDM bahawa lencana yang tersemat di dada adalah tanda satu amanah yang sememangnya memerlukan komitmen, pengorbanan dan juga kesabaran yang tinggi yang perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi, jujur dan ikhlas.

Tahniah kepada semua penerima Lencana Jurulatih TUDM kerana merekalah penggerak ke arah kecemerlangan TUDM dan semoga terus menabur ilmu, pengalaman dan kemahiran kepada anak didik dan para pelatih.