Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12

KUALA LUMPUR, 12 Jan 21 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Dato’ Sri Dr. Mohammed bin Dato’ Aziz Mohammed.

Kunjungan hormat yang berlangsung di pejabat Panglima Tentera Udara turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta beberapa wakil dari PERKESO.

Kunjungan ini antara lainnya turut berkongsi pandangan di antara kedua-dua pemimpin organisasi dan PERKESO sebagai badan berkanun yang mempunyai persamaan khususnya dalam melestarikan aspek kesejahteraan warganya dan kesejahteraan sosial pekerja. TUDM secara jelas mengutamakan hal yang berkaitan isu kebajikan dan moral warganya seperti yang difokuskan di dalam perintah ulung Panglima Tentera Udara.