Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 1234567891314

BUTTERWORTH, 8 Jan 21 - Pangkalan Udara Butterworth hari ini telah melaksanakan Perbarisan Penghargaan sempena persaraan Mej Jen Dato' Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman TUDM bertempat di 'ASF Hangar', PU Butterworth.

Istiadat perbarisan ini diadakan sebagai satu penghormatan TUDM khusus kepada beliau yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti di selama 40 tahun 8 bulan di dalam perkhidmatan ATM khususnya TUDM.

Mej Jen Dato' Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman TUDM telah menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 12 pegawai dan 170 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Mej Muhammad Hamzani bin Muhammad TUDM diiringi gabungan Pancaragam dari Kolej Tentera Udara, Alor Setar dan Akademi Tentera Udara, Ipoh dibawah pimpinan Lt Muhammad Haniff bin Che Razak TUDM.

Beliau juga turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan TUDM atas segala sokongan yang diberikan kepada beliau di sepanjang perkhidmatan juga ucapan terima kasih kepada BAKAT Udara daripada isteri beliau, Datin Noorawaty binti Hj Ra’ee. Beliau menzahirkan penghargaan dan berdoa agar warga TUDM terus meningkatkan mutu perkhidmatan dengan jujur dan ikhlas kerana ianya merupakan tunjang utama dalam membina kegemilangan organisasi.

Di akhir acara, Mej Jen Dato' Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman TUDM dan isteri telah diraikan dalam acara 'send off' menggunakan kenderaan istiadat diiringi oleh para pegawai dan anggota TUDM yang terlibat dalam perbarisan ini.

Perbarisan Persaraan ini dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan isteri, Datin Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM, Ahli Jemaah Tertinggi dan BAKAT Udara serta pegawai-pegawai dan anggota TUDM.

Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat bersara dan semoga terus maju jaya kepada Mej Jen Dato' Raja Ahmad Ikram bin Raja Othman TUDM serta isteri.