Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123 

KUALA LIPIS, 4 Januari 2021- Sebuah Helikopter EC 725 AP dari No. 10 Skuadron telah diatur gerak bagi melaksanakan Op MURNI dengan membawa bekalan makanan dan barangan keperluan asas kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir. Keadaan banjir di daerah Kuala Lipis sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan banyak laluan di kawasan penempatan tidak boleh dilalui melalui jalan darat dan terputus hubungan.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Memerintah No. 10 Skuadron, Lt Kol Muhammad Fazri bin Md Zin TUDM, ini telah melaksanakan penghantaran bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seberat 250 kilogram kepada penduduk terjejas banjir di SK Budu dan SMKA Kuala Lipis.

Komander Pesawat, Mej Baynard Mesyeano a/k Tim’ah TUDM dan dibantu oleh Pembantu Juruterbang, Lt Izwan Shafiq bin Suhaimi TUDM serta lapan (8) orang anak kapal ini telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 2.30 petang bagi melaksanakan misi penghantaran dan selamat mendarat di Kuantan pada jam 6.21 petang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anak kapal serta pihak-pihak yang terlibat dalam memastikan misi yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan selamat. Misi OP MURNI telah diaktifkan oleh ATM sejak 5 Dis 2020 berikutan beberapa negeri telah dilanda banjir dan TUDM telah bersiap siaga untuk mengatur gerak asetnya mengikut keperluan operasi semasa.