Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob di dalam kenyataannya menjelaskan, ATM telah menzahirkan komitmen untuk membantu negara dalam OP MURNI sejak 5 Dis 2020 yang lalu di negeri-negeri di seluruh Malaysia yang akan dilanda banjir. ATM telah membuat persediaan yang melibatkan seramai 4,983 pegawai dan anggota lain-lain pangkat berserta aset-aset seperti 226 buah trak 1 ton, 538 buah trak 3 ton, 7 buah trak 5 ton, 29 buah trak 7 ton, 188 buah Bot Tempur, 2 buah bot CB 90, 3 buah bot Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB), 4 buah Bot Getah, 10 buah Bailey Bridge, 2 buah Pesawat Pengangkut dan 6 buah helikopter.

Sehingga semalam, situasi banjir telah menjejaskan 6 buah negeri iaitu Johor, Pahang, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Perak yang melibatkan pemindahan mangsa seramai 22,699 di 282 Pusat Pemindahan Sementara. Susulan daripada itu, ATM telah mengaturgerakkan sebahagian trup dan asetnya di negeri yang terjejas teruk terutama di negeri Pahang dan Johor.

Pada masa yang sama, lebihan anggota dan aset Angkatan Tentera Malaysia yang dirancang juga telah diletakkan lebih awal di setiap daerah dan negeri yang dikenal pasti akan terjejas. Ini termasuklah menempatkan Pegawai Perhubungan di setiap negeri dan daerah bagi memantau pelaksanaan OP MURNI.

TUDM juga sentiasa bersiap siaga mengatur gerak aset-asetnya dan mendukung setiap misi-misi bantuan ATM terutama bantuan logistik ketika OP Murni dan di dalam masa yang sama memastikan SOP berkenaan pencegahan Covid-19 sentiasa dipatuhi.