Kemaskini Terakhir: Isnin,18 Jan 2021
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

SEN 4138SEN 4146SEN 4282SEN 4289SEN 4300SEN 4330

SENDAYAN, 3 DIS 20 – Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Puan Sri Norainy binti Shahar Alam telah melaksanakan Lawatan Rasmi ke Rumah BAKAT Pangkalan Udara Sendayan. Ketibaan beliau bersama delegasi telah disambut oleh Pengerusi BAKAT Pangkalan, Puan Zaharah binti Buhari, Ketua-Ketua Biro dan AJK BAKAT PU Sendayan.

Dalam rangka lawatan ini, Pengerusi JTBU telah merasmikan Rumah BAKAT PU Sendayan yang mana ia merupakan Rumah BAKAT TUDM yang baru. Selain itu, beliau juga telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada ahli bakat serta anak anggota yang menghidap sakit kronik dan anak istimewa.

Seterusnya, beliau telah dibawa melawat ke pameran pertandingan pulut kuning dan barangan kraf dari ahli BAKAT pangkalan. Selain itu, satu sesi dialog turut diadakan bersama ahli BAKAT pangkalan. Lawatan ini berakhir selepas Pengerusi JTBU dan deligasi dibawa ke Pusat Ekuesterian ATM (MAFEC) bagi acara bersama Panglima Tentera Udara iaitu menonton pertunjukan kuda dari anggota MAFEC.