Kemaskini Terakhir: Jumaat,27 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20201118 WA0011IMG 20201118 WA0012IMG 20201118 WA0013IMG 20201118 WA0014IMG 20201118 WA0015IMG 20201118 WA0016IMG 20201118 WA0017IMG 20201118 WA0018

Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM hari ini telah melaksanakan lawatan kerja ke PU Butterworth bagi melihat perkembangan Program Validasi Tembakan Misil Udara ke Udara (AAMF) melibatkan pesawat-pesawat pejuang TUDM.

Panglima Operasi Udara telah menyaksikan secara lebih dekat latihan tembakan misil udara ke udara (AAMF) melibatkan pesawat pejuang F/A-18D Hornet dengan menaiki sebuah lagi pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang diterbangkan oleh Ketua Bahagian Latihan No. 18 Skuadron, Mej Mohd Faizal bin Ab Rahim TUDM.

Latihan AAMF adalah latihan yang dilaksanakan oleh TUDM bagi mengekal dan meningkatkan kompetensi pelbagai peringkat pegawai dan anggota LLP terutama di dalam memastikan TUDM kekal berupaya bersiaga bagi menjaga kedaulatan tanah air tercinta meskipun ketika ini berdepan dengan cabaran krisis kesihatan global.