Kemaskini Terakhir: Jumaat,27 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

KUALA LUMPUR, 17 November 2020 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada enam (6) pegawai kanan TUDM bertempat di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.

Mendahului senarai pemakaian pangkat hari ini adalah Lt Kol Razali bin Ahmad Jumali TUDM yang dinaikkan ke pangkat Pemangku Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Asisten Ketua Staf A7 di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU).

Manakala lima (5) pegawai kanan berpangkat Mejar TUDM yang dinaikkan ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel TUDM adalah Mej Mahadhir bin Mohamad Saad TUDM, Mej Nasruddin bin Khalid TUDM, Mej Azri bin Hj Ahmad TUDM, Mej Azmi bin Saamah TUDM dan Mej Haszainol bin Hj Hassan TUDM.

Upacara pemakaian pangkat ini turut disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta beberapa pegawai kanan TUDM.

Seluruh warga TUDM mengucapkan sekalung tahniah kepada kesemua pegawai kanan TUDM yang dinaikkan pangkat hari ini. Sesungguhnya kenaikan pangkat tersebut adalah bukti kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi TUDM di atas prestasi dan dedikasi yang dicurahkan untuk perkhidmatan TUDM khususnya dan ATM amnya.