Kemaskini Terakhir: Rabu,28 Okt 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

12345

10 Okt 2020 - BAKAT Udara telah melaksanakan Majlis Perasmian Kelas Celik Al-Quran BAKAT Udara. Kelas celik Al-Quran ini ditaja sepenuhnya oleh Affin Islamic Bank Berhad dan akan diajar oleh tenaga pengajar bertauliah dari Institut Pengajian Al Quran (IPaQ) yang diiktiraf menggunakan teknik ABAHATA. Peserta-peserta yang dipilih adalah dari kalangan ahli BAKAT Udara yang terpilih bagi kelas menguasai Iqra dengan baik.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Puan Sri Norainy binti Shahar Alam selaku Pengerusi JTBU dan turut dihadiri oleh YBhg En. Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad dan YBhg Dato' Sulaiman bin Osman, Pengerusi Jawatan kuasa IPaQ.

Majlis perasmian diserikan dengan simbolik penyerahan "Mock Up" Cek Tajaan daripada pihak Affin Islamic Bank Berhad kepada Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara. Semoga program ini akan memberi manfaat kepada seluruh warga ahli BAKAT Udara, serta penghargaan dan terima kasih kepada pihak Affin Islamic Bank berhad diatas penajaan sebagai tanggungjawab sosial korporat.