KUALA LUMPUR, 29 Jun 2020 - Brig Jen Dato’ Ahmad bin Abd Rahman TUDM yang menyerahkan jawatannya sebagai Asisten Ketua Staf Tadbir hari ini telah membuat kunjungan hormat kepada Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM. Beliau kini memegang jawatan sebagai Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota yang baharu di Markas ATM.
Seluruh warga TUDM khususnya dari Cawang Tadbir mengucapkan selamat berkhidmat di tempat baharu dan sentiasa beroleh kecemerlangan.