KUALA LUMPUR, 29 Jun 2020 – Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf Tadbir (AKS Tadbir) telah berlangsung di antara Brig Jen Dato’ Ahmad bin Abd Rahman TUDM dengan Brig Jen Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM, hari ini.
Brig Jen Dato’ Ahmad bin Abd Rahman TUDM akan bertukar keluar dan memegang jawatan sebagai Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota di Markas ATM.
Acara serah terima tugas yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara telah disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Cawang Tadbir.
Seluruh warga TUDM merakamkan ucapan tahniah kepada Brig Jen Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri TUDM atas pelantikan sebagai AKS Tadbir yang baharu dan terima kasih kepada Brig Jen Dato’ Ahmad bin Abd Rahman TUDM atas sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menjawat jawatan tersebut.