Kemaskini Terakhir: Khamis,9 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

0dc8c712 4e51 47f0 a1a2 7a19854aadfbcbeaf3fd 538d 432c 83a8 b4a4537cc06fd7f6f63f 1e33 4dd0 8d2b 80333bde17f9c8559e13 818e 4f06 bec2 c5e5c7d665d33c66fcc0 d889 41ad 8ed0 84f906ac18bb

SUBANG, 26 Jun 2020 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini telah melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan melaksanakan penerbangan ihsan dari Kota Kinabalu ke Pangkalan Udara Subang bagi membawa pesakit yang memerlukan pembedahan segera di Hospital Kuala Lumpur.

Pesakit, Suhaidin bin Naim, berusia 50 tahun yang mempunyai masalah salur darah bahagian leher dan menyebabkan lumpuh telah diterbangkan dengan menaiki pesawat A400M dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 1.30 tengah hari dan selamat tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira jam 5.40 petang tadi. Pesawat A400M dari No. 22 Skuadron ini telah diterbangkan oleh Kapt Mohd Fitrie Idham bin Kamaruddin TUDM selaku juruterbang dan Kapt Wan Ubaidullah bin Wan Hanapi TUDM selaku pembantu juruterbang bersama lima (5) orang anak kapal.

Tanggungjawab sosial dilaksanakan oleh TUDM ini khusus bagi mereka yang benar-benar memerlukan. Semoga dengan usaha murni ini dapat membantu ke arah memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terus terjaga. Seluruh warga TUDM mendoakan agar pesakit diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan misi penerbangan ihsan ini.