Kemaskini Terakhir: Khamis,9 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 FB IMG 1593098380226FB IMG 1593098386110FB IMG 1593098388949FB IMG 1593098391371FB IMG 1593098394093FB IMG 1593098396186FB IMG 1593098401284FB IMG 1593098403562FB IMG 1593098406059FB IMG 1593098408685FB IMG 1593098410779

LABUAN, 25 Jun 2020 – Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM hari ini telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pangkalan Udara Labuan (PU Labuan) dan Skuadron 340 Bukit Kubong. Lawatan kerja ini adalah lawatan ulung beliau sejak mengambil alih tampuk pemerintahan TUDM pada awal Januari tahun ini.

Ketibaan PTU telah disambut oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Haji Shamsudin bin Kassim TUDM dan Komander Pangkalan, PU Labuan, Brig Jen Mahadzer bin Amin TUDM serta eksekutif pangkalan. PTU serta delegasi terlebih dahulu turut melalui saringan pemeriksaan suhu badan (thermal scanner) di pintu masuk. Seterusnya acara lawatan ini telah bermula dengan sesi taklimat pengoperasian dan kesiagaan semasa pangkalan oleh Komander Pangkalan.

PTU dan delegasi kemudiannya melawat ke tapak “Taxiway Bravo” yang dalam proses pembaikan. Beliau kemudiannya melawat No. 6 Skuadron dengan diiringi Pengawai Memerintah, Lt Kol Mohamad Syagol bin Abd Hamid TUDM bagi melihat dengan lebih dekat senggaraan aset serta tahap pengoperasian.

Delegasi PTU kemudiannya dibawa melawat hangar No.14 Skuadron untuk meninjau pengoperasian pesawat hawk dan kesiagaan aset yang ditempatkan di sana. Beliau turut menyantuni, bertanya khabar dan mengambil tahu keadaan anggota TUDM di skuadron.

PTU kemudiannya turut meninjau kesiagaan pengoperasian di No. 5 Skuadron dengan diiringi oleh Pengawai Memerintah No. 5 Skuadron, Lt Kol Vachiral Ratanapan a/l Banteang TUDM bagi mengetahui tahap kesiagaan aset yang ditempatkan di situ.

Lawatan kerja seterusnya adalah ke Skuadron 340 Bukit Kubong. Ketibaan beliau serta delegasi disambut dan diiringi oleh Pegawai Memerintah Skuadron 340, Lt Kol Mohd Shahriz bin Othman TUDM bagi melihat pengoperasian radar di Skuadron 340. Beliau diberikan taklimat ringkas berkaitan skuadron dan menyantuni warga skuadron. Dalam kesempatan meluangkan masa bersama mereka, beliau turut mengambil tahu cabaran semasa pegawai serta anggota Cawangan Kawal & Lapor dalam melaksanakan tugas pemantauan ruang angkasa negara.

Mengakhiri lawatan kerjanya, PTU dan delegasi ke Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) bagi meninjau pengoperasian dan kemudahan infrastuktur di situ serta diberikan taklimat ringkas berkenaan MAWILUD 2 oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Haji Shamsudin bin Kassim TUDM.

Lawatan kerja Panglima Tentera Udara PU Labuan dan Skuadron 340 Bukit Kubong ini adalah lawatan pertama beliau ke pangkalan dan turut dilaksanakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Mengambil serius langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19, SOP yang digariskan telah dipatuhi dengan meminimumkan jumlah kehadiran, membudayakan penjarakan sosial, amalan penggunaan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer), mengelakkan sentuhan seperti bersalaman dan amalan kebiasaan baharu (new normal).

Turut sama dalam lawatan kerja ini adalah AKS Kejuruteraan, Mej Jen Dato' Dr. Md Zaki bin Md Zain TUDM; Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM serta beberapa pegawai kanan TUDM.