Kemaskini Terakhir: Khamis,9 Jul 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

11 2121314

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2020 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM telah menerima kunjungan hormat persaraan dari Mejar Jeneral Dato’ Johnny Loh Kok Kong TUDM di pejabatnya hari ini.

Mejar Jeneral Dato’ Johnny Loh Kok Kong TUDM, Timbalan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan 1 di Markas Tentera Udara akan mula bercuti dan seterusnya menamatkan perkhidmatan di dalam ATM tidak lama lagi.

Seluruh warga TUDM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala khidmat dan jasa bakti yang dicurahkan kepada TUDM khususnya dan ATM amnya selama di dalam perkhidmatan sejak menyertai TUDM pada tahun 1981. Selamat Maju Jaya kepada Mejar Jeneral Dato’ Johnny Loh Kok Kong TUDM dalam apa jua lapangan yang diceburi nanti.