Kemaskini Terakhir: Selasa,1 Dis 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

KUCHING, 11 Jun 2020 – Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Kuching (PU Kuching) dan Skuadron 330 (CRC 2) Kota Samarahan.

Ketibaan PTU telah disambut oleh Komander Pangkalan, PU Kuching, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM serta eksekutif pangkalan. PTU serta delegasi terlebih dahulu turut melalui saringan pemeriksaan suhu badan (thermal scanner) di pintu masuk. Seterusnya acara lawatan ini telah bermula dengan sesi taklimat pengoperasian dan kesiagaan semasa pangkalan oleh Komander Pangkalan.

456781011

PTU dan delegasi kemudiannya melawat ke Cawang Kejuruteraan diiringi oleh Ketua Cawang Kejuruteraan, Lt Kol Mohd Fazali bin Udin TUDM bagi melihat dengan lebih dekat keupayaan semasa Cawangan Kejuruteraan dalam mendukung keperluan operasi unit-unit di PU Kuching.

12131514

Lawatan seterusnya adalah ke Skuadron 330 TUDM Kota Samarahan yang berfungsi sebagai ‘Control & Reporting Centre 2’ (CRC 2). Ketibaan beliau serta delegasi disambut dan diiring sepenuhnya oleh Pegawai Memerintah Skuadron 330, Lt Kol Roslee bin Shukor TUDM bagi melihat dengan lebih dekat keupayaan sistem pertahanan udara C2 SENTRY yang dikendalikan oleh Cawangan Kawal dan Lapor. Deligasi PTU meluangkan masa lebih kurang 30 minit di bilik operasi Skuadron 330 untuk melihat pengoperasian sistem C2 SENTRY tersebut.

Lawatan kerja PTU ke PU Kuching ini adalah lawatan pertama beliau ke pangkalan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa bermula 10 Jun 2020. Mengambil serius langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19, SOP yang digariskan telah dipatuhi dengan meminimumkan jumlah kehadiran, membudayakan penjarakan sosial, penggunaan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) serta mengelakkan sentuhan termasuk bersalaman.

Turut sama dalam lawatan kerja ini ialah Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Dato' Haji Shamsudin bin Kassim TUDM; Inspektor Jeneral TUDM, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM; AKS Materiel, Brig Jen Zainal bin Abdul Manaf TUDM; Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM serta beberapa pegawai kanan TUDM.a