Kemaskini Terakhir: Jumaat,27 Nov 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 06 11 at 20.21.08 1WhatsApp Image 2020 06 11 at 20.21.11WhatsApp Image 2020 06 11 at 20.21.08WhatsApp Image 2020 06 11 at 20.21.09 1

Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Datin Sri Dato' Norainy binti Shahar Alam telah mengadakan Lawatan Rasmi ke BAKAT Udara Pangkalan Udara Kuching semalam. Lawatan ini merupakan lawatan ulung beliau semenjak mengambil alih sebagai Pengerusi JTBU pada awal tahun ini.

Ketibaan Datin Sri telah disambut oleh Pengerusi BAKAT Pangkalan, Puan Nazrah binti Idris bersama ahli-ahli BAKAT PU Kuching. Program lawatan ini telah bermula dengan mendengar taklimat semasa perjalanan aktiviti BAKAT pangkalan dan juga pemeriksaan buku laporan AJK. Datin Sri turut dibawa melihat pameran kraftangan yang dihasilkam oleh ahli-ahli BAKAT.

Dalam rangka lawatan ini juga, Datin Sri turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang mempunyai anak menghidap sakit kronik dari kalangan anggota warga Pangkalan.

Turut sama dalam lawatan ini juga adalah Datin Rashidah binti Musa, isteri kepada PANGWILUD 2, Puan Rosyatimah binti Ahmad, isteri kepada Inspektorat Jeneral dan Puan Noraini binti Abdul Mutalib, isteri kepada AKS Materiel.