Kemaskini Terakhir: Isnin,1 Jun 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 134

Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah mengadakan lawatan ke tiga (3) pangkalan udara TUDM pada 20 Mei 2020 iaitu Pangkalan Udara Kuantan (PU Kuantan) dan Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) sebelum berakhir di Pangkalan Udara Butterworth (PU Butterworth). Lawatan pada kali ini melengkapkan beberapa siri lawatan Panglima Operasi Udara ke pangkalan-pangkalan operasi TUDM.

Lawatan beliau adalah bagi meninjau tahap kesiagaan operasi di pangkalan dan Skuadron-skuadron TUDM khususnya sepanjang tempoh fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB 2) yang bermula 13 Mei hingga 9 Jun 20. Turut mengiringi lawatan beliau ialah Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zulkifli bin Hamid TUDM dan PS 1 A1 MPOU, Lt Kol Hasma Hisham bin Mohd Hassan TUDM.

52

Ketibaan beliau di pangkalan-pangkalan tersebut telah disambut oleh Komander Pangkalan di pangkalan yang dilawati, iaitu Brig Jen Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM (PU Kuantan), Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM (PUGK) dan Brig Jen Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM (PU Butterworth). Selain meninjau kesiagaan operasi, Panglima Operasi Udara turut bertemu dengan warga TUDM di pangkalan serta menyampaikan pesanan agar mematuhi SOP ketika negara masih dilanda pandemik COVID-19. Di samping itu juga, beliau turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota, pasangan serta ahli keluarga yang mengidap sakit kronik di setiap pangkalan-pangkalan yang dilawati.

789

Semasa berada di PU Kuantan, Panglima Operasi Udara turut mengadakan lawatan ke Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) bagi meninjau perkembangan semasa persiapan bilik operasi RAOC 1 yang terdiri dari 3 sel utama iaitu Air Monitoring Cell (AMS), Air Tasking Cell (ATC) dan Air Defence Cell (ADC).

101213

Sementara itu di PU Gong Kedak, beliau telah meninjau ke kawasan Operasi Penawar (Op PENAWAR) yang melibatkan anggota TUDM dari Skuadron Provos, PUGK di lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) Padang Luas. Dalam kunjungan ringkas tersebut, beliau sempat bertanya khabar dan beramah mesra serta mendapatkan maklum balas terus daripada para anggota yang bertugas berkenaan dengan Op PENAWAR.

1411

Panglima Operasi Udara dalam ucapan beliau di pangkalan-pangkalan udara tersebut turut mengingatkan agar setiap lapisan pegawai dan anggota sentiasa menjalankan tugas dengan penuh komited dan profesional. Kepada yang terpaksa berjauhan dengan keluarga di musim perayaan disebabkan tugas atau kekangan pergerakan kerana PKPB 2 ini, beliau mendoakan agar anggota dan keluarga diberi kekuatan serta pada masa yang sama turut menghargai setiap jasa dan pengorbanan anggota TUDM yang menjalankan tugas.

151617

Semoga lawatan operasi beliau ke pangkalan-pangkalan dapat menyuntik semangat kepada anggota di bawah naungan MPOU untuk terus beriltizam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.