Kemaskini Terakhir: Ahad,31 Mei 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2020 05 12 at 21.31.57WhatsApp Image 2020 05 12 at 21.33.06WhatsApp Image 2020 05 12 at 21.33.08WhatsApp Image 2020 05 12 at 21.39.56WhatsApp Image 2020 05 12 at 21.39.59WhatsApp Image 2020 05 12 at 21.40.00

LABUAN, 12 Mei 2020 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah mengadakan lawatan operasi ke Sabah dan Pangkalan Udara Labuan. Lawatan yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada tinjauan operasi beliau ke Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU) dan Markas Pemerintahan Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2).

fcd1e6da fedd 4c03 8666 9c709cad2f3e0cad7278 99e2 4a21 bb58 0bb6aeac75023eae2f19 df44 4ab7 84a4 1575abc12b3959df0e88 f5ba 46c9 ac58 d1cb33635f7961155e96 ef5c 48a3 8b73 c0fd6faa68b4b10f97cb d62c 4138 931d 3116242fc090

Ketibaan beliau yang turut diiringi AKS A1 MPOU, Kol Hj Rustam bin Jamaludin TUDM disambut oleh Ketua Staf MAWILUD 2, Brig Jen Muhammad Taha bin Hamdan TUDM dan Komander PU Labuan, Brig Jen Mahadzer bin Amin TUDM. Dalam siri lawatan ini, beliau meninjau lebih dekat tahap kesiagaan operasi yang dikendalikan oleh TUDM. Beliau turut membuat tinjauan dari udara yang meliputi kawasan perairan ESSCOM bersama para petugas Rondaan Op Daulat Benua bagi melihat sendiri keadaan semasa di sana. Turut sama dalam tinjauan maritim tersebut ialah Brig Jen Johari bin Mohd Jaafar - Komander ATB 2. Beliau turut meluangkan masa bertanyakan keadaan petugas operasi dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.

WhatsApp Image 2020 05 12 at 21.38.13WhatsApp Image 2020 05 12 at 21.38.15 1WhatsApp Image 2020 05 12 at 21.38.15

Semasa lawatan ini juga, Panglima Operasi Udara telah menyampaikan sumbangan kepada anggota TUDM yang sakit, mempunyai ahli keluarga yang mengidap sakit kronik dan anak istimewa. Beliau juga meninjau ke kawasan Sekatan Jalan Raya (SJR) Op PENAWAR yang melibatkan anggota TUDM Pangkalan Udara Labuan di SJR Jalan Merdeka. Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua petugas PDRM dan TUDM yang bertugas di SJR. Beliau turut mengingatkan anggota agar sentiasa mengambil langkah-langkah serius dalam menjaga kebersihan diri dan keluarga bagi mengelakkan penularan jangkitan pandemik COVID-19 khususnya ketika sambutan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.