Kemaskini Terakhir: Rabu,1 Apr 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

16c43467 d372 4b8b 8210 2b2bbea9609aedb5e3b3 17ba 44aa 9d2a 469ed6d17d4e 

 

KUALA LUMPUR, 17 Mac 20 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM hari ini mengadakan Persidangan Video Khas berhubung COVID-19 bersama Markas Formasi, Pangkalan dan Unit TUDM. Persidangan Video ini yang melibatkan pimpinan tertinggi TUDM diadakan bagi menjelaskan perkembangan semasa langkah-langkah yang perlu ditindak di peringkat TUDM berlanjutan dari Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 berhubung Perintah Kawalan Pergerakan dan status semasa COVID-19 yang menjadi pandemik.

TUDM menyokong penuh keutamaan kerajaan bagi mencegah penularan wabak COVID-19 yang telah dikategorikan sebagai kecemasan awam yang kritikal kepada masyarakat global. Sebagai entiti yang diberikan mandat bersama pasukan pertahanan dan keselamatan lain yang dikategorikan sebagai perkhidmatan penting negara (essential services), persidangan video ini memberikan garis panduan kepada Markas Formasi, Pangkalan dan Unit TUDM tentang tindakan yang sewajarnya dilaksanakan bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di kalangan warga TUDM khususnya termasuk kakitangan awam di bawah naungan TUDM, mengenalpasti keperluan-keperluan mengikut keutamaan ,meningkatkan kesedaran yang tinggi di kalangan anggota serta memastikan TUDM sebagai pasukan pertahanan akan tetap berfungsi dan bersedia sebilang masa.

Panglima Tentera Udara juga menasihati semua warga TUDM agar menjaga diri, menjaga kebersihan diri serta menjaga keluarga dengan sebaik-baiknya.