Kemaskini Terakhir: Ahad,31 Mei 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200313 WA0031IMG 20200313 WA0025IMG 20200313 WA0030IMG 20200313 WA0034IMG 20200313 WA0027IMG 20200313 WA0041IMG 20200313 WA0026IMG 20200313 WA0024IMG 20200313 WA0039

SUBANG, 13 Mac 2020 - Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao Ke 14 (TPA M-14) yang diketuai oleh Mej Jen Dato’ Ya’cob bin Hj Samiran selaku Ketua Misi telah selamat tiba di tanah air kira-kira 4.30 petang tadi.

Ketibaan TPA M-14 di Pangkalan Udara Subang dengan pesawat TUDM C130 Hercules yang diterbangkan oleh Mej Mohd Amin bin Ibrahim TUDM dan dibantu oleh Kapt Ahmad Khuzairey bin Md Nasir TUDM selaku pembantu juruterbang dan lima anak kapal.

Majlis Sambutan Kepulangan dan Pembubaran TPA M -14 telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin mewakili Panglima Angkatan Tentera. Turut hadir ialah Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato' Hj Yazid bin Arshad TUDM; Ketua Staf MPOU, Mej Jen Felix Gonsalvez S/O S. Alexander TUDM mewakili Panglima Tentera Udara, pegawai kanan ATM dan PDRM serta ahli keluarga mereka.

TPA M-14 melibatkan 16 orang terdiri daripada 10 pegawai dan seorang anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dua pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga pegawai Awam yang selesai melaksanakan misi selama 12 bulan. TPA M-14 ini telah digantikan oleh TPA M-15 yang diketuai oleh Mej Jen Dato’ Muhammad Anwar bin Abdullah yang berlepas pada 12 Mac 20.

Untuk rekod pencapaian yang membanggakan, TPA M-14 telah terlibat dan menjadi saksi dalam pungutan suara yang pertama pada 21 Jan 2019 dan pungutan suara kedua pada 6 Feb 2019.

Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat kembali ke tanah air setelah menabur jasa dan bakti berkhidmat melengkapkan misi keamanan di Selatan Filipina sekaligus membawa nama Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di persada dunia.