Kemaskini Terakhir: Sabtu,29 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

0d40840c 364c 40cd b4ba f1dd8512d43424baedb8 028d 43bc a31b 02d936d07bd3030b55d7 5112 42d2 b9ba ead5f6b46227e14cee24 7caf 4cc4 bf2d 67e1c6170b0ce22d48fb d5c8 417a 87fd 812d5edf2ee5

Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Labuan bermula pada 12 Februari 2020 dalam rangka lawatan beliau ke Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) dan kawasan operasi di Malaysia Timur.

Beliau yang selesai membuat lawatan kerja di Bintulu, Sarawak tiba Pangkalan Udara Labuan kira-kira jam 1.30 tengah hari dengan pesawat CN235. Kehadiran beliau dan tim rombongan lawatan disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Mahadzer bin Amin TUDM serta para eksekutif pangkalan. Terdahulu, beliau telah menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kuarter sejurus tiba di Pangkalan Udara Labuan.

Panglima Operasi Udara dan rombongan telah diberikan taklimat mengenai pengoperasian pangkalan sebelum dibawa melawat ke skuadron penerbangan yang terdapat di sana bagi melihat lebih dekat kesiapsiagaan operasi. Beliau turut meluangkan masa mendekati dan mendengar permasalahan, cabaran dan kekangan yang dihadapi warga pangkalan dan skuadron.

IMG 20200213 WA0022IMG 20200213 WA0016IMG 20200213 WA0025IMG 20200213 WA0032IMG 20200213 WA0034IMG 20200213 WA0036

Pada 13 Februari 2020, Panglima Operasi Udara yang turut diiringi oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Yazid bin Arshad TUDM dan pegawai-pegawai kanan TUDM membuat tinjauan ke kawasan operasi maritim. Beliau telah membuat lawatan pertama kalinya selepas menjawat jawatan Panglima Operasi Udara ke Stesen LIMA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pulau Layang-Layang dan bertemu warga kerja di sana serta ke Lapang Sasar Udara (LASARUD), Kota Belud bagi melihat sendiri perjalanan pengoperasian di sana sebelum mengakhiri lawatan kerjanya hari ini.