Kemaskini Terakhir: Isnin,21 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

124101116202226323334

Panglima Tentera Udara, Jen Dato'Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menghadiri Singapore Air Show 2020 yang telah bermula perasmiannya pada 10 Februari 2020 bertempat di Changi Exhibition Centre. Beliau yang turut diiringi bersama oleh Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mej Jen Dato' Zahani bin Zainal Abidin TUDM dan pegawai kanan TUDM telah mengunjungi beberapa ruang pameran pertahanan termasuk Pavilion Malaysia.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan pertahanan strategik di dalam mengukuhkan lagi jalinan hubungan kerjasama pertahanan yang sedia terjalin. Di dalam rangka lawatan ini juga, beliau turut bertemu dengan kumpulan detasmen TUDM yang bertugas menjayakan Singapore Air Show 2020 dalam pameran statik melibatkan pesawat pejuang Sukhoi (SU 30 MKM) dan pesawat pengangkut Airbus A400M di Static Aircraft Display Area (SADA). Penyertaan TUDM di pameran udara antarabangsa edisi ke-7 ini juga membuktikan jalinan kerjasama di antara negara sahabat Malaysia dan Singapura.