Kemaskini Terakhir: Sabtu,29 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

85154241 2812989408788687 4598311554692153344 o85191548 2812993045454990 1440187944068448256 n84261003 2812993262121635 5611405318031409152 n83598681 2812993228788305 1523858403825287168 n86252358 2812993412121620 2807662104700518400 n 

SINGAPURA, 12 Februari 2020 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini telah mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila diiktiraf sebagai penerima Anugerah Peneraju Fleet daripada Airbus. Pengiktirafan ini berdasarkan kadar penggunaan pesawat A400M yang mencatatkan rekod tertinggi.

Sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian TUDM yang cemerlang ini, Airbus Defence And Space, diwakili oleh Bernhard Brenner, Naib Presiden Eksekutif, Pemasaran dan Jualan, telah menyampaikan anugerah penghargaan kepada Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, di Pameran Udara Singapura 2020.

TUDM telah menerima pesawat A400M yang pertama pada bulan Mac 2015, diikuti dengan penerimaan pesawat kedua dan ketiga pada bulan Disember 2015 dan Jun 2016. Manakala pesawat A400M yang keempat dan terakhir diserahkan kepada TUDM pada bulan Mac 2017.

Pada tahun 2019, tiga buah pesawat A400M milik TUDM telah mencatatkan jumlah jam penerbangan tertinggi. Salah satu dari pesawat tersebut telah mencatatkan rekod melepasi 2,000 jam penerbangan, manakala dua buah pesawat lagi mencatatkan hampir 1,900 jam penerbangan. Ini menjadikan TUDM sebagai peneraju fleet global bagi pesawat A400M untuk dua tahun berturut-turut. Antara bulan Ogos dan September 2019, TUDM juga mencapai tahap ketersediaan 100% bagi fleet pesawat A400M selama lebih 40 hari berturut-turut.

Pesawat A400M menggabungkan kemampuan untuk membawa muatan strategik dan menyokong misi kemanusiaan dan bantuan bencana alam, dengan keupayaan untuk menyampaikan muatan walaupun ke lokasi taktikal yang mempunyai landasan penerbangan yang kecil dan tidak sempurna. Ia turut berfungsi sebagai pesawat tangki (tanker) barisan hadapan. Ini telah dibuktikan oleh TUDM akan kemampuan pesawat A400M melalui pelaksanaan pelbagai misi beberapa tahun yang lalu.

Malaysia merupakan pelanggan eksport pesawat A400M yang pertama bagi Airbus. Pengendali lain bagi pesawat A400M merangkumi Tentera Udara Jerman, Tentera Udara Perancis, Tentera Udara Sepanyol, Tentera Udara DiRaja (UK) dan Tentera Udara Turki.