Kemaskini Terakhir: Rabu,23 Sept 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

84849583 2808710675883227 6561879527641841664 o85212088 2808710759216552 899003205571051520 o85233918 2808710689216559 4581573117951868928 o

PULAU PINANG, 10 Februari 2020 - Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM, AKS Tadbir selaku Ahli Lembaga Koperasi Tentera telah menyempurnakan majlis penyerahan cek sumbangan khas Koperasi Tentera mewakili Panglima Tentera Udara kepada Mej Mazli bin Musa TUDM bertempat di wad ICU, Hospital Pulau Pinang.

Sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan pegawai tersebut bagi menampung kos rawatan perubatan isteri, Puan Wan Zahila binti Wan Nawang yang masih menerima rawatan rapi di hospital berkenaan semenjak 10 Jan 20 yang lalu.

Majlis ini turut dihadiri wakil Koperasi Tentera, Puan Nor Azmah binti Ishak, Eksekutif Kanan Pembangunan Perniagaan Wilayah Utara 1 serta para pegawai, anggota Lain-lain Pangkat serta ahli BAKAT dari MTU-Cawangan Perkhidmatan, KTU dan INSKEP.

Seluruh warga TUDM mendoakan agar kesihatan Puan Wan Zahila kembali pulih seperti sediakala.