Kemaskini Terakhir: Sabtu,29 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

21dbc5fe 2361 474d 80f8 4f47263fbcdd28a6dac1 f461 4531 8a18 62c18cbd457085971a84 2be6 4fd3 a10e aa1e0799824207c47842 72a8 45b5 b01d cc9028ea17efe3cc5f51 1d58 4dcc b191 448aea345bd8f72cebba eaa1 4b95 bf21 e11871758be8b0f244d9 9a36 4d8b adff 6fdd02e305186b52d37c dd71 4f58 b6ab 217b5c02ec3cb4f5dba3 0190 4ec6 b70b 267f9d1cc157

SUBANG. Tentera Udara Republik Singapura (TURS) telah menjemput Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyertai Singapore Air Show 2020 (SA 20) bagi pameran statik pesawat TUDM yang akan bermula dari 11 hingga 16 Feb 2020.

Sebagai rakan kerjasama dan hubungan diplomatik antarabangsa, TUDM akan mempamerkan pesawat pejuang Sukhoi (SU 30 MKM) dan pesawat pengangkut Airbus A400M di Static Aircraft Display Area (SADA), Changi Exhibition Centre.

Seramai kira-kira 7 orang pegawai dan 25 anggota Lain-lain Pangkat terlibat di dalam pameran statik pesawat TUDM diketuai oleh Pengarah Doktrin Markas Tentera Udara - Bahagian Operasi Strategik, Kolonel Theodore Mohan Kumar Navaretnam TUDM selaku Ketua Delegasi; Pegawai Staf 1 Operasi Udara, Markas Pemerintahan dan Operasi Udara, Leftenan Kolonel Hasfa Nyzam bin Abdul Hamid TUDM sebagai Pegawai Koordinasi. Kumpulan Detasmen ini telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada 9 Feb 2020 kira-kira jam 12.45 malam.

TUDM mengucapkan selamat bertugas kepada kumpulan detasmen yang terlibat bagi memastikan penyertaan TUDM di Singapore Air Show 2020 berjalan lancar.