Kemaskini Terakhir: Sabtu,29 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20200207 WA0071IMG 20200207 WA0052IMG 20200207 WA0061IMG 20200207 WA0050IMG 20200207 WA0060IMG 20200207 WA0053

BANTING, 7 Februari 2020 – Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU), Datin Sri Dato’ Norainy binti Shahar Alam telah melaksanakan Lawatan Tahunan ke BAKAT Udara Rejimen TUDM hari ini.

Lawatan tahunan ini adalah yang pertama bagi Datin Sri Dato’ Norainy semenjak beliau mengambil alih tugas Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara pada 3 Januari 2020.

Di dalam sesi lawatan ini, beliau turut memperkenalkan barisan kepimpinan Jemaah Tertinggi BAKAT Udara yang ikut serta bagi mengeratkan lagi ukhwah yang telah sedia terjalin. Beliau menjelaskan gerak kerja BAKAT Udara sebagai satu entiti yang memfokuskan ke arah melestarikan kebajikan keluarga TUDM khususnya.

IMG 20200207 WA0051IMG 20200207 WA0065IMG 20200207 WA0047IMG 20200207 WA0058IMG 20200207 WA0045IMG 20200207 WA0048

Di dalam ucapannya, beliau turut mengajak semua ahli BAKAT Udara agar dapat bersama-sama mencorakkan minda dan sikap BAKAT ke arah suatu komuniti yang lebih inovatif, produktif serta berketerampilan dalam mencapai misi dan visi BAKAT Udara. Beliau turut menyeru Pengerusi BAKAT Pangkalan dan biro untuk menyemai iltizam yang lebih dinamik demi memastikan segala perancangan dan fungsi BAKAT pangkalan dapat dilaksanakan dengan baik.

Selain sesi beramah mesra dengan semua ahli-ahli BAKAT Udara Rejimen TUDM, beliau turut meraikan kanak-kanak istimewa Rejimen TUDM dan menyampaikan sumbangan bagi membantu meringankan bebanan.

Mengiringi beliau dan rombongan JTBU sepanjang lawatan berlangsung adalah Pengerusi BAKAT Rejimen TUDM, Puan Rossimah binti Talib.