Kemaskini Terakhir: Sabtu,29 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

e6161b90 56f8 4518 8c64 f0506ea225b5f14190e4 fa2e 40b4 bb8b 736f9c530f3a6d399fc8 6a3b 4cb6 9ad8 b1b922f39eb7fdfb843f 79d6 4dfa aa9e e871f82c864b5969217f d174 4d73 a8b1 67e851e07035efb5aae1 ab45 4a7c 9dbf a96f49c26898

BANTING, 7 Februari 2020 - Rejimen TUDM menjadi pembuka tirai kepada Lawatan Kerja Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM selepas dilantik sebagai Panglima Tentera Udara ke-19 pada 3 Januari 2020.

Di dalam ucapan beliau di acara Perbarisan, Panglima Tentera Udara menyeru warga Rejimen TUDM mengekalkan kegemilangan PASKAU dan mampu melonjak imej TUDM ke tahap yang lebih tinggi dengan berpegang kepada elemen utama seperti latihan yang konsisten dan berterusan, disiplin dan semangat perjuangan yang kental.

Warga TUDM juga hendaklah terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta membimbing anggota baharu sebagai barisan pelapis kepimpinan bagi mengggalas tanggungjawab yang diamanahkan.

Panglima Tentera Udara juga telah diberikan taklimat di Bilik Mesyuarat Rejimen TUDM sebelum dibawa melawat ke Hangar Para bagi meninjau kemudahan dan peralatan-peralatan semasa Rejimen TUDM. Beliau mengakhiri lawatan kerja dengan menyantuni warga Rejimen di Wisma Ahli Udara.

Turut mengiringi Panglima Tentera Udara dalam lawatan kerja ini adalah Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.