Kemaskini Terakhir: Sabtu,29 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123

KUALA LUMPUR, 6 Februari 2020 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang baharu, Datuk Muez bin Abd Aziz telah menerima Tabik Hormat daripada Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) di Dataran Wisma Pertahanan, pagi ini.

Beliau yang sebelum ini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan berkuatkuasa 1 Februari 2020 menggantikan Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali yang telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara.

Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama ini merupakan tradisi istiadat oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilaksanakan di peringkat Kementerian Pertahanan sebagai tanda penghormatan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang baharu.

Perbarisan KKU ini kebiasaannya diberikan kepada Ketua Setiausaha pada hari pertama melaksanakan tugas dan juga hari terakhir meninggalkan Wisma Pertahanan.

456

Turut hadir semasa upacara berlangsung adalah Panglima Angkatan Tentera, Panglima-panglima Perkhidmatan, Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai ATM serta warga Kementerian Pertahanan Malaysia.

Warga TUDM mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Muez bin Abd Aziz sebagai KSU Kementerian Pertahananan yang baharu.