Kemaskini Terakhir: Rabu,12 Ogos 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456789101112

BUKIT TINGGI, 5 Februari 2020 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM bersama barisan Pegawai Kanan dalam setiap perkhidmatan ATM (Darat, Laut & Udara) telah hadir ke Retreat ATM Siri 1/2020 yang dilaksanakan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi mulai 4 hingga 6 Februari 2020.

Retreat yang dianjurkan oleh Markas ATM ini adalah sebagai persediaan untuk Retreat Peringkat Kementerian Pertahanan yang dijangka diadakan pada akhir Februari 2020.

Majlis perasmian Retreat ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM. Penganjuran bagi siri pertama ini akan dijadikan sebagai medium perbincangan serta pembentangan 6 teras berasaskan Kertas Putih Pertahanan yang akan menjadi hala tuju Kementerian Pertahanan dan ATM.

6 Teras yang diperhalusi adalah seperti berikut:

Teras 1 : Peningkatan Kesiagaan dan Keupayaan Pertahanan dalam Melindungi Kepentingan Negara.
Teras 2 : Pengukuhan Kapasiti Pertahanan yang Kompeten.
Teras 3 : Pelestarian Kesejahteraan Warga dan Veteran ATM.
Teras 4 : Pengukuhan Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) dan Amalan Tadbir Urus Terbaik Demi Pertahanan Menyeluruh.
Teras 5 : Pembangunan Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Berdikari.
Teras 6 : Pengukuhan Kerjasama Pertahanan dalam Menjamin Pertahanan Negara.