Kemaskini Terakhir: Sabtu,29 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

51713bb1 c845 4e55 a00b 54218045822bb27cc7df 9fee 44d5 9031 a1e8d1c5ba7e

KUALA LUMPUR, 4 Februari 2020 – TUDM sentiasa prihatin dan akan terus memberi keutamaan terhadap kebajikan dalam usaha meringankan beban kewangan yang ditanggung disamping meningkatkan moral anggota dan keluarga.

Berlanjutan itu, TUDM diwakili oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menerima cek sumbangan bantuan khas daripada Koperasi Tentera yang diserahkan oleh Ketua Pengarah Eksekutif Koperasi Tentera, Brig Jen Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara) yang juga membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Udara.

Cek bantuan khas ini akan disampaikan kepada Mej Mazli bin Musa TUDM dari Kolej Tentera Udara untuk rawatan perubatan isteri beliau, Puan Wan Zaliha binti Wan Nawang yang disahkan menghidapi penyakit Influenza A septic shock.

Semoga kesihatan isteri Mej Mazli bin Musa TUDM akan beransur pulih dan segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah SWT.