Kemaskini Terakhir: Sabtu,22 Feb 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456789 

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2020 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutupan serta Penyerahan Premis Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) di Haigate, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama menyaksikan upacara yang bersejarah ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM mewakili Panglima Tentera Udara.

Majlis ini merupakan simbolik kepada penyerahan penutupan premis berkenaan yang telah berpindah secara berperingkat ke Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya pada September 2019 yang mana Penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 49/2020 telah memulakan sesi pengajiannya di premis baharu mulai 1 September 2019 hingga 31 Ogos 2020. Premis MTAT di Haigate ini akan diambil alih oleh Bahagian Komunikasi dan Elektronik (KOMLEK), Rejimen 91 RSD dan Wisma Perwira ATM.

MTAT adalah sebuah institusi pendidikan tinggi Angkatan Tentera Malaysia yang menyediakan pengajian profesional di peringkat Diploma Lepasan Ijazah. Kursus ini dihadiri oleh pegawai-pegawai ATM berpangkat Mejar atau setaraf daripada ketiga-tiga cabang Perkhidmatan ATM bagi melengkap dan menyediakan mereka untuk menjawat jawatan di peringkat yang lebih tinggi. Maktab ini turut menawarkan tempat kepada pegawai dari agensi kerajaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dan juga pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam.