Kemaskini Terakhir: Selasa,20 Ogos 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.49.27WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.49.29WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.49.30WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.49.35WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.49.36WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.49.37

SUBANG, 7 Ogos 19 - Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Tentera Udara Diraja Malaysia (AITUDM) telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bertempat di Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU) hari ini. Majlis ini merupakan satu majlis tahunan yang dikelola oleh Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Inovasi TUDM.

Selaras dengan aspirasi kerajaan dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan agensi-agensi kerajaan, majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para peserta yang telah berusaha dalam melaksanakan projek inovasi yang dibangunkan.

WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.49.38WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.49.45WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.49.47WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.49.51WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.49.52WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.49.53

Tema inovasi pada tahun ini adalah "Inovasi Asas Pembangunan Keupayaan". Pemenang-pemenang pada majlis ini akan mewakili TUDM ke Persada Inovasi Kementerian Pertahanan 2019 yang akan dianjurkan kelak. Senarai pemenang adalah seperti berikut:

Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan - Kategori Penambahbaikan

1. Unit : No 11 Skn, PU Gong Kedak.
Projek : Desiccant Container Repair Stand.

2. Unit : Cawang Materiel, KTU Alor Setar
Projek : Portable Barrier.

3. Unit : INSPEN II, KTU Alor Setar.
Projek : Safety Report System.

Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan- Kategori Penciptaan

1.Unit : PUSPEKA, PU Subang.
Projek : Pod Carrier Unit – Rail Type (PCU-RT)

2. Unit : Cawang Materiel, PU Subang.
Projek : Carpet Handling Roller Machine (CHARM).

3. Unit : No 6 Skn, PU Labuan.
Projek : Led Marshalling Glove.

Bidang Inovasi Sosial - Kategori Penambahbaikan

1. Unit : PSP, PU Butterworh
Projek : HERO’S

2. Unit : No 14 Skn, PU Labuan.
Projek : Mercy Malaysia.

3. Unit : ATU, Ipoh.
Projek : Pro-Power.

Bidang Inovasi Sosial – Kategori Penciptaan

1. Unit : Skn 340, Bukit Kubong.
Projek : SPECTRA-COMM

2. Unit : ITAS, KTU Alor Setar.
Projek : Safe-Tech.

3.Unit : No 15 Skn, PU Butterworth.
Projek : Human Hearing Hazard Analyzer (3HA).

WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.49.48WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.52.47WhatsApp Image 2019 08 07 at 12.49.49

Terdahulu, Panglima Tentera Udara turut menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Program Stereng Emas yang merangkumi penganugerahan pemenang Anugerah Pemandu Cemerlang dan Anugerah Fleet Terbaik. Program ini diwujudkan untuk memupuk semangat budaya kerja cemerlang dikalangan anggota Pengurusan Pengangkutan Kenderaan (PPK) bagi memberi perkhidmatan yang lebih profesional dan selamat. Senarai penerima adalah seperti berikut :

Anugerah Pemandu Cemerlang
1. LU I Muhammad Khusyairi bin Md Zaki.
2. LU I Abdul Shahril Anizam bin Abdul Ghani.
3. LUK Muhammad Ammar bin Mohd Nazri.
4. Kpl U Rosmawi bin Mat Yusuf.
5. LU I Akmal Razin bin Zulkaffi.

Anugerah Fleet Kenderaan Terbaik
1. PU Subang.
2. PU Kuala Lumpur.
3. INSMAT TUDM Kinrara.

Acara diteruskan dengan penyampaian Anugerah Terbang Selamat yang dianugerahkan kepada juruterbang sebagai pengiktirafan kepada keupayaan serta kemampuan mereka dalam menerbangkan dan mengendalikan pesawat TUDM tanpa mengalami sebarang kemalangan yang berpunca daripada kesilapan juruterbang itu sendiri iaitu Aircrew Factor.

Seramai 8 orang juruterbang menerima Pingat Gangsa bagi anugerah tersebut iaitu :
1. Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM.
2. Kol Norazman bin Ismail TUDM.
3. Lt Kol Anuar bin Ahmad TUDM.
4. Mej Nuralisa Hasneeda binti Jabar TUDM.
5. Mej Mohd Khairol Fadhli bin Abu Bakar TUDM.
6. Mej Khamizan bin Morsidi TUDM.
7. Mej Mohd Hafiz bin Abu Bakar TUDM.
8. Mej Raja Ismail Fahmi bin Raja Ibrahim TUDM.

Turut berlangsung adalah penyampaian penghargaan khas kepada pemenang tempat pertama Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan 2018 bagi kategori masing-masing iaitu PUSPEKA dengan projek mereka, Reconfigurable Adapter For Weapon Separation Test Rig (RAW); No 14 Skn, Equipment Smart Patient In-Flight (E-SPIM) dan Pusat Simulator Pejuang dengan projek Zenith Energy Current (ZEC).

Selain itu, majlis juga menyaksikan PUSPEKA telah menerima Sijil Paten Malaysian Intelectual Property (MY-IPO) bagi projek Natural Disaster Backup Power Do It Your Self ataupun dikenali sebagai NADIY yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara.

Turut hadir di majlis penyampaian ini adalah Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato’ Kamarulzaman bin Mohd Othman TUDM; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Pegawai-pegawai Kanan TUDM serta warga TUDM.